Saturday 25 May 2013

Cukup Lajukah Kita?

Cukup lajukah kita untuk mengejar apa yang diimpi?
Cukup lajukah kita untuk kejar kembali apa yang telah ditinggalkan?
Cukup lajukah kita untuk mengubah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan?
Cukup lajukah kita untuk menebus dosa?
Cukup lajukah kita untuk mengakui kesalahan kita?
Cukup lajukah kita?

Thursday 23 May 2013

Ego. Itu dia.

Bak bunga yang mekar.
Jika disirami, maka tumbuh la ia.
Jika dijaga, dibelai, dirapi, cantiklah cara tumbuhnya.
Jika dibiar, tiada cakna, tiada dijaga, maka matilah ia.

Ego begitu jua ceritanya.
Jika dipelihara, cantik maruahnya.
Tetapi, buruk akhlaknya.

Bunuhlah ia.
Jangan dibiar ia tumbuh melata.
Merosak akal, hati dan jiwa.

Wednesday 22 May 2013

Jelas & Kabur

"It's not necessary to be sharp at all time. Sometimes, blurry vision could be wonderful too." - Anonymous.

Tak semua yang jelas itu elok. Tak juga semua yang kabur itu buruk. Tak semestinya kita perlu menunjuk-nunjuk. Manusia mungkin kata itu hebat. Riak tidak pernah ditafsir sebagai hebat. Wujudnya hanya membawa padah. Pada dirimu, pada Imanmu. 

Yang Esa hanya melihat pada kebenarannya bukan pada kejelasannya. Biar kabur di mata Insan, tetapi tidak pada mata-Nya. Ada yang kata sudah cukup pada wujudnya. Tetapi, tidakkah kau mahu mendalaminya. Sepertimana seorang ibu mengenali anaknya. Adakah si ibu kenal si anak hanya pada namanya? Adakah si ibu hanya kenal pada rupanya? Adakah si ibu mengenali si anak kerana terpaksa? Atau mungkin kerana tanggungjawabnya?

Hati adalah segala-galanya. Begitu juga si ibu dalam mengenali anaknya. Bukan kerana terpaksa tetapi tulus dari hatinya. Seorang abdi bersujud bukan kerana terpaksa, tetapi kerana hatinya.  Bukan kerana terpaksa mahupun dipaksa.

Itulah yang sepatutnya.

Wednesday 15 May 2013

Hari Guru Malaysia

16 Mei. 

Hari Guru Malaysia. 

Entri tak mau panjang2. 

Cuma nak ucap Selamat Hari Guru buat abang sulungku, Mohd Faizal, angah Nor Azliza, Abg Shufiq, Abg lang Mohd Fahmi, Kakchik (bekas guru..keh3) Nor Syuhada. Dan paling tidak ku lupa yg telah mendidik diri ini, Abah n Mak. Walaupun takdak status cikgu, tapi anda tetap pendidik terbaik saya. 

#kamikeluargapendidik

Friday 10 May 2013

Kenapa Fotografi??

Orang tanya kenapa aku minat fotografi??
Bukan membazir ke beli DSLR yg harganya beribu-ribu??
Lain la kalau kau buat job sebab duit masuk.

Yes of course natang tu mahal nak mampos. (ayat agak kasar)
N yes aku setuju orang main DSLR ni kebanyakannya buat job so that, income masuk n boleh cover balik duit keluar beli DSLR.

But, for me photography is a kind of art. Aku memang tak pandai lukis or mewarna ada shadow2 bagai. Ada orang boleh melukis panorama yang cantik2. Ada gak orang boleh melukis apa yang ada dalam kepala otak dia. And aku jeles ngan orang2 cam ni.

So, melalui fotografi, (in my opinion) adalah alternatif seni yang mudah dihasilkan oleh orang2 kurang upaya melukis mcm aku. Dan juga, fotografi adalah cara yang lebih cepat untuk menghasilkan sebuah hasil seni. Kalau teringin nak guna gambar lanskap nak buat wallpaper laptop, pi tangkap gambaq mcm mana hang suka. Dan jugak, aku rasa ini adalah salah satu cara aku mengucapkan dan mengagungkan ciptaan Allah yg hebat.

Ada jugak orang tanya kenapa tak guna ja kamera biasa?? Dapat angle cantik, cantik ar gambaq tuh. Bagi aku, tak jugak. Aku lebih suka DSLR sebab dia ada MP yang tinggi drpd kamera digital biasa. Maka, gambar yang dihasilkan oleh DSLR sangat jauh berbeza dengan gambar yang dihasilkan oleh kamera digital biasa. Yes betul kalau ada DSLR, tak dak angle yg baguih tak guna jugak gambaq tuh. Baik pakai kamera digital biasa kalau gitu. It's up to you. Satu lagi sebab aku lebih suka DSLR adalah sebab natang ni ada fungsi manual. Yes memang susah nak set guna manual setting. Tapi, untung2 kita dapat belajar benda baru. Kalau ada orang bg DSLR suruh tangkap gambaq depa, tak dak la ketaq lutut nk setting kt mana. Bak kata UAI, belajar la pakai manual kalau nak main DSLR.

Ok. Adioss