Sunday 23 February 2014

Baitul Muslim: Penting ke???

Apa tu Baitul Muslim a.k.a BM??

Sekarang ni ramai orang post/share/insta/youtube pasal BM.

Tapi, apo bondo BM ni??

Baik!!! Dalam Islam, seorang muslim perlu melalui beberapa fasa dalam hidupnya. Semua Muslim inginkan sebuah Negara Islam. 

Tapi, sepanjang perjalanan untuk membina sebuah Negara Islam, setiap Muslim atau lebih tepat lagi seorang Pendakwah a.k.a Daie' perlu melalui beberapa tingkatan amal atau Maratib Amal dalam Bahasa Arabnya.

Apa kena mengena tingkatan amal dengan Baitul Muslim?? Dan apa kena mengena tingkatan amal dengan Cinta??

Aiwahh!!
Soalan yang bagus!!

Tingkatan amal yang perlu dilalui ada 7, iaitu:
1) Fardhu Muslim
2) Baitul Muslim
3) Mujtama' Muslim
4) Islah Hukumah
5) Daulah Islamiah
6) Khilafah Islamiah
7) Ustaziyatul Alam

Kita fokuskan kepada BM. Kenapa BM penting??
BM a.k.a keluarga muslim menggariskan beberapa kriteria dalam membina sesebuah keluarga Islam.
Antara kriterianya ialah menggunakan orang tengah atau istilah pasarnya "runner".

Kenapa perlu ada runner??
Runner ni akan berfungsi sebagai orang yang menghubungkan di antara 2 orang yang ingin berBM. Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, maka akan datang yang ketiga iaitu Syaitan a.k.a Setan Laknatullah. Jadi, runner akan bertindak sebagai orang yang ketiga supaya agenda Setan tidak berlaku.
Bukan sebarangan orang boleh jadi runner. Runner perlulah seorang yang Amanah, Dipercayai, Baik akhlaknya & pandai bagi nasihat.

Next, kita masuk pulak step2 yang perlu diambil apabila kita dah bersedia untuk berBM.
Step-stepnya ialah:
1) Merisik
2) Berkenalan a.k.a Taqdim
3) Nikah

Merisik. Apa beza dengan adat Melayu??? Sama ja dengan adat yang diamalkan orang Melayu. Gunakan runner anda untuk merisik pihak pasangan yang anda berkenan. Tengok sama ada beliau Single or Taken.
Jika beliau Single, maka teruskan niat anda dengan melangkah ke step yang kedua.

Gunakan lagi runner anda untuk cuba berkenalan dengan bakal pasangan anda. Pada step ni, anda boleh bertanya persoalan tentang diri beliau. Dalam step ni la kita boleh dapat info tentang diri beliau. Tentang keluarganya, hartanya, dan lain2 lagi. Tapi, jangan lupa bawak runner anda!! Then, kalau anda setuju dan betul2 berkenan dengan beliau, dan beliau pun setuju untuk berBM ngan anda, tunggu apa lagi, teruskan ke step yang ketiga.

Nikah!!! 
Apabila anda sudah bernikah dengan pasangan anda, maka wujudlah satu Baitul Muslim yang telah mengikut step2 bersih dan suci yang telah mengikut Syara'.

Kemudian, jangan berhenti di sini!!!
Lahirkan anak2 dan bentuk mereka berpandukan Proforma Islam.

Dengan lahirnya Abna'ul Harakah ni, maka, Mujtama' Muslim atau Masyarakat Muslim dapat dilahirkan dan dengan ini Daulah Islamiah dan tingkatan amal yang seterusnya InsyaAllah dapat ditubuhkan.

Baitul Muslim bukanlah sekadar kahwin muda. Kahwin muda adalah digalakkan supaya kita tidak terleka dan mengelakkan diri kita dari terjebak dengan maksiat dan kemurkaan Allah. Jadi, bagi mengelakkan perkara2 tidak sihat ni berleluasa, maka digalakkan kahwin muda.

Panjang entry kali ni. Hee. Diharapkan entry kali ni dapat memberi kefahaman kepada kawan2 tentang konsep sebenar Baitul Muslim.

Cukup la sikit2. Adiosss.
#nakkahwinmuda