Monday 4 November 2013

Hijrah

Hijrah bukan satu perkara mudah.
Nabi dan para sahabat bukan main lagi terima dan tanggung kesukarannya.
Tapi, Nabi dan para sahabat tak pernah rasa terbeban dengan tahap kesukaran Hijrah itu.
Seruan Allah mereka terima dengan hati terbuka.
Seruan Allah mereka terima walaupun sukar.

Persoalan yang sentiasa bermain di minda:
Adakah kita sanggup dan tabah seperti mereka?
Adakah kita umat Islam moden terima perintah Allah dengan hati terbuka?
Adakah kita terima dan laksana perintah Allah dengan ikhlas?

Sanggupkah kita?

.:Salam Maal Hijrah 1435h:.

Monday 28 October 2013

Dah nak masuk tahun baru dah!!!

p/s: Poster tu sangat ohsem. (abaikan speaker-speaker di atas)

Monday 7 October 2013

LangitMu

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

Saturday 31 August 2013

Cuti

Sorry sayang. I terpaksa "cuti" dulu daripada pegang U. 
Nanti, dah habis pantang, I bawak U jalan-jalan okeh!!!

Monday 22 July 2013

Di pondok kecil

Sungguh aku malu.
Di pondok sempit ini mereka menuntut ilmu.
Tanpa mengenal erti jemu.
Jika dibandingkan ilmu mereka dengan ilmuku.
Bagai Gunung Jerai dan Gunung Kinabalu.

[Madrasah Az-Zuhdiyah]

Saturday 20 July 2013

Si Lebah namanya



Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [An-Naml:69]

Thursday 18 July 2013

Ramadhan


Ramadhan is the (month) in which was sent down the Quran, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later. Allah intends every facility for you He does not want to put to difficulties. (He wants you) to complete the prescribed period, and to glorify Him in that He has guided you and perchance ye shall be grateful.
(2:185)

Sunday 14 July 2013

Terawih


Terawih.
Ibadat Sunat Ramadhan.
Ramadhan SAHAJA!!

Tapi, janganlah berjemaah ketika Terawih sahaja.
Solat berjemaah kan dituntut.
Jadikan Solat Sunat Terawih sebagai titik permulaan kepada Solat Berjemaah.
Biasakan berjemaah setiap malam.
InsyaAllah istiqamah akan tiba.

Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan tiba lagi!!!!!!!!!

Takkan nak biar Ramadhan kita kali ni macam tahun-tahun lepas jugak??

Lebihkan AMALAN kurangkan MAKSIAT!!!

Biar Ramadhan kali ini LUAR BIASA dan lebih bermakna.


Monday 1 July 2013

Dakwahkah itu?

Dakwah ada macam-macam cara.
Yang jelas ada, yang halus pun ada.
Dakwah kita terkinja-kinja.
Mengharap sesuatu perubahan jelas pada satu masa.
Sedangkan Rasulullah berdakwah sesabar-sabarnya.
Siapa kita nak dibandingbeza.
Beliau bersabar walaupun umat tidak terima.
Lambat-laun mereka terima jua.
Ini adalah kerana pendekatannya berbeza.

Sabar itu umpama bunga.
Sampai satu masa berputiklah ia.
Jangan berdakwah dengan mencela.
Dakwah dengan celaan tidak akan pernah berjaya.

Jangan jua kau menuduh mereka.
Selidik adalah perkara utama.
Siapa salah bukan isunya.
Cuma strategi yang perlu kita ada.

Tapi, tidak perlu kita tahu semua perkara.
Biarkanlah mereka yang berbincang tentangnya.
Dan janganlah pula kau menimbulkan spekulasi tidak bermata.
Hanya memutuskan ukhuwah sahaja.

Jikalau fikrah kita tidak sekata,
Biarpun berbeza pendekatannya,
Ketahuilah engkau wahai manusia,
Tidak akan lari kita daripada agamaNya.

Tonjolkan dirimu wahai manusia,
Adakah kau takut dengan mereka,
Berani kerana benar bak kata pujangga.

Perbincangan salah satu jalannya,
Perbalahan hanya menghancurkan hubungan bersaudara.

Saturday 29 June 2013

Rezeki

Alam sekitar tempat mereka.
Mencari makan, mencari rezeki.
Ciptaan Allah tiada tara.
Asal kita dari tanah jua.
Kenapa syukur tiada?
Hanya rungutan semata.
Rezeki dimana-mana.
Syukurlah sentiasa.

Thursday 27 June 2013

Walk

After asking Allah to guide you to the straight path, don’t just stand there … start walking!

Monday 24 June 2013

Indah CiptaanNya

Subhanallah.
Banyak lagi tempat-tempat macam ini di dunia.
Berjalanlah di muka bumi Allah dan kagumilah ciptaanNya.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.