Dakwah ada macam-macam cara.
Yang jelas ada, yang halus pun ada.
Dakwah kita terkinja-kinja.
Mengharap sesuatu perubahan jelas pada satu masa.
Sedangkan Rasulullah berdakwah sesabar-sabarnya.
Siapa kita nak dibandingbeza.
Beliau bersabar walaupun umat tidak terima.
Lambat-laun mereka terima jua.
Ini adalah kerana pendekatannya berbeza.
Sabar itu umpama bunga.
Sampai satu masa berputiklah ia.
Jangan berdakwah dengan mencela.
Dakwah dengan celaan tidak akan pernah berjaya.
Jangan jua kau menuduh mereka.
Selidik adalah perkara utama.
Siapa salah bukan isunya.
Cuma strategi yang perlu kita ada.
Tapi, tidak perlu kita tahu semua perkara.
Biarkanlah mereka yang berbincang tentangnya.
Dan janganlah pula kau menimbulkan spekulasi tidak bermata.
Hanya memutuskan ukhuwah sahaja.
Jikalau fikrah kita tidak sekata,
Biarpun berbeza pendekatannya,
Ketahuilah engkau wahai manusia,
Tidak akan lari kita daripada agamaNya.
Tonjolkan dirimu wahai manusia,
Adakah kau takut dengan mereka,
Berani kerana benar bak kata pujangga.
Perbincangan salah satu jalannya,
Perbalahan hanya menghancurkan hubungan bersaudara.
No comments:
Post a Comment