"It's not necessary to be sharp at all time. Sometimes, blurry vision could be wonderful too." - Anonymous.
Tak semua yang jelas itu elok. Tak juga semua yang kabur itu buruk. Tak semestinya kita perlu menunjuk-nunjuk. Manusia mungkin kata itu hebat. Riak tidak pernah ditafsir sebagai hebat. Wujudnya hanya membawa padah. Pada dirimu, pada Imanmu.
Yang Esa hanya melihat pada kebenarannya bukan pada kejelasannya. Biar kabur di mata Insan, tetapi tidak pada mata-Nya. Ada yang kata sudah cukup pada wujudnya. Tetapi, tidakkah kau mahu mendalaminya. Sepertimana seorang ibu mengenali anaknya. Adakah si ibu kenal si anak hanya pada namanya? Adakah si ibu hanya kenal pada rupanya? Adakah si ibu mengenali si anak kerana terpaksa? Atau mungkin kerana tanggungjawabnya?
Hati adalah segala-galanya. Begitu juga si ibu dalam mengenali anaknya. Bukan kerana terpaksa tetapi tulus dari hatinya. Seorang abdi bersujud bukan kerana terpaksa, tetapi kerana hatinya. Bukan kerana terpaksa mahupun dipaksa.
Itulah yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment